Perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling

Perjalanan semalam bermula seawal pukul 6.30 pagi dari rumah. Lokasi berkumpul adalah di Bandar Sri Damansara bersama group Takaful Ikhlas Al-Faisal. Selepas semua sudah ada, kami pun bertolak melalui lebuhraya PLUS. Selepas keluar dari tol sahaja jalan dah jem, jadi kami pun berpusing balik melalui jalan dalam. Agak menyeramkan jugak la jalan tersebut kerana melalui lereng-lereng bukit dan melalui kilang simen Lafarge.



Apabila sampai disitu jalan sudah agak cantik dan kurang jem. Perjalanan rupanya melalui Empangan Selangor, jalan yang sama pernah kami lalui pada zaman bujang-bujang dulu untuk mandi-manda di Jambatan Besi, Pertak. Lokasi Sungai Chiling adalah di atas lagi dari jambatan besi tersebut. Selepas parking kereta di kawasan yang agak terhad, kami pun menuju ke pos kawalan tidak berapa jauh dari pintu masuk. Kawasan ini memang masih terjaga dan terpelihara dari pembangunan bangunan-bangunan besar.

Pendaftaran diperlukan di pos kawalan untuk mendapatkan rekod dan sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu berlaku disitu. Dari peta yang ada kat situ, untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling kami perlu meredah 5 kali sungai sebelum sampai tempat yang dituju. Laluan yang dibuat pun hanya cukup-cukup untuk seorang. Memang agak mencabar bagi orang yang tak biasa dan agak tidak sesuai untuk membawa anak-anak kecil.

Kedalaman air sungai yang kami kena redah paling rendah adalah paras peha dan paling tinggi adalah paras dada. Dengan kelajuan air sungai yang agak deras, meredah sungai kena dilakukan dengan berhati-hati. Nasib baik barang yang kami bawa tidak berat dan boleh dijunjung bila waktu diperlukan.

Sampai sahaja di air terjun tersebut, pemandangan yang sangat menakjubkan dan bersyukur kepada Allah dengan kejadian tersebut. Dengan air yang sangat sejuk, kami pun tidak melepaskan peluang untuk mandi disitu. Pengunjung lain juga yang sudah ramai ketika itu sedang makan dan salin pakaian. Kerana sudah agak lama tidak mandi-manda agak kekok juga dan tidak boleh lama-lama dalam air yang sangat sejuk itu. Dengan perjalanan yang mencabar dan situasi air sejuk itu, perut pun mula lapar. Nasib baik ada bekalan nasi lemak yang dibawa oleh Ejo. Ketika kami makan, pengunjung yang sudah ramai tadi pun turun mandi. Mereka agak ramai dan jumlah mereka telah menyebabkan kawasan mandi di air terjun tersebut penuh.

Salah satu lagi tarikan disitu adalah ia merupakan kawasan pemuliharaan ikan kelah. Di kawasan itu dilarang untuk melakukan sebarang aktiviti menangkap, memancing atau menjala ikan kelah. Disepanjang sungai memang sangat banyak ikan kelah yang dibiakkan dan berada dalam kumpulan-kumpulan yang besar. Kami cuba untuk memegang ikan-ikan tersebut tapi tak dapat. Rupa-rupanya memang disediakan makanan untuk ikan-ikan tersebut yang dijual di pos kawalan, cuma ketika kami sampai tiada makanan ikan disitu, tapi bila kami nak balik ada pulak disediakan.

Dikerumun oleh ikan kelah

Kumpulan Ikan Kelah

Other Interesting Posts

Loading…

Reader: 241

About eiman23x

Pekerja tetap di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Mahu mendapatkan suspension part untuk kereta anda boleh hubungi segera
This entry was posted in My Life and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge