PUTRAJAYA: Kerajaan sebentar tadi memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan. Oleh itu, kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini. Pelarasan itu adalah kesan daripada dua komponen iaitu pelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.
Nampaknya usaha kerajaan untuk menyusahkan dan menyulitkan kehidupan rakyat Malaysia tidak ada kesudahannya. Setelah mengumumkan supaya pihak2 yang terbabit dengan pilihanraya agar bersiap sedia, strategi kerajaan untuk mengaut duit rakyat dan dikumpulkan untuk dijadikan sumber kewangan untuk PRU13 semakin nyata. Dengan kenaikan harga tarif elektrik ini menurut kerajaan ia tidak akan menyusahkan 75% rakyat Malaysia adalah tidak benar.
Setelah usaha dengan bermula dengan ura-ura untuk menaikkan harga RON95 bakal mendapat bantahan seluruh rakyat Malaysia, sebaliknya kerajaan berkata ia prihatin untuk tidak menaikkan RON95. Kalau betul-betul prihatin, tidak perlu membuat propaganda untuk menaikkan harga RON95 dan kemudiannya ingin menjadi wira rakyat dengan menarik balik kenaikan harga RON95. Nampaknya secara senyap-senyap kerajaan tidak membincangkan dengan meluas untuk kenaikan tarif elektrik. Kalau sudah dari awal kerajaan mencanangkan kenaikan tarif sudah tentu rakyat akan menentang habis-habisan. Jadi kali ini kenaikan diumumkan dahulu sebelum ia disebarkan melalui televisyen dan surat khabar arus perdana.
Sama-sama kita nantikan barangan atau perkhidmatan apa pula yang bakal dinaikkan harganya. Kalau semua naik, PRU13 kita turunkan kerajaan tersebut.
Other Interesting Posts
Loading…
pelik sagt2 harga elektrk naik terlalu tinggi,lame2 kite yg berkerja pun tak mampu nak bayar bil elektrik.haahahahahahahah………………ingat kan naik sikit je,mane boleh tahan sekali kne byr cagaran tambahan sampai 40 rniggt siut…………..
aku nak gelak… aku nak gelak….
KERAjaan tipu korang bulat-bulat wakakakakakaakakakaak!!!
pe kena mengena harga gas naik tapi TNB still bayar harga gas dari petronas pada harga subsidi? Kenaikan harga gas tu, petronas yang tanggung, bukan tnb. Kalau ikutkan harga tu dah memang tak relevant dengan masa sekarang tapi demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia, petronas terima.
persoalan sekarang, tnb beli gas dengan harga sama. KERAjaan kata nak kurangkan subsidi sebab tu tarif letrik kena naik. jadi kurangkan subsidi, yang terkurang tu pergi mana?? masuk poket? tepuk dada tanya selera
Zack Zaifull´s last [type] ..Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu ke-8
Kadang pelik pun ada apa gunanya diwujudkan geran penyelidikan kalau hasil kajian tidak dapat dikomersialkan. Saya amat pasti mesti ada penemuan untuk sumber tenaga alternatif telah ditemui.
Lihat contoh Jerman akan menutup loji nuklear menjelang 2022. Bayangkan dari mana mereka ini dapat sumber tenaga. Sesuatu yang perlu dipelajari
akubiomed´s last [type] ..Petang tunang dan malam pun tunang