Pameran Proride di SuperAutomix 2010 Bukit Jalil

Aktiviti pameran terbaru yang disertai oleh Proride adalah di SuperAutomix 2010 yang berlangsung di Bukit Jalil pada 02 – 04 Julai 2010. Pameran ini adalah anjuran Ultra Racing dan penaja2 yang lain. Antara tarikan utama adalah kereta-kereta yang telah diubahsuai dan pertandingan drift. Tidak lupa juga ‘tarikan’ oleh ‘beautiful RACEQUEENS’ yang sentiasa berkeliaran sepanjang pameran. Berikut adalah aktiviti yang dijadualkan akan berlaku pada tempoh pameran tersebut.

Aktiviti yang dijadualkan oleh pihak penganjur

Setup Proride booth adalah pada ‘corner lot’ bersebelahan dengan Tom Sticker. Pelbagai barangan jenama Proride ada dipamerkan dan dijual pada hari tersebut.

Booth Proride menyediakan pelbagai barangan

Dengan bayaran yang agak ‘berpatutan’ iaitu sebanyak RM18 sekali masuk, ia mampu menarik ramai pengunjung yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti permotoran yang terdiri dari pertandingan speaker (tak tahu aku nama pertandingan itu) dan pelbagai lagi.

Tag yang dipasang pada pengunjung - rasa macam nak masuk sunway lagoon pulak

Pass yang membolehkan MASUK FREE!

Ramai staff Sapura yang bersetuju untuk melibatkan diri dalam pameran tersebut dimana ganjarannya adalah sepasang baju yang menarik! dan masuk percuma ke pameran tersebut.

Staff yang terlibat pada hari Sabtu - dah macam nak main bola pulak

Sepanjang hari sabtu jumlah pengunjung tidak ramai, mungkin kerana kurang promosi atau bayaran dikenakan untuk masuk ke pameran ini. Kalau tiada bayaran/free entry mungkin akan lebih banyak pengunjung yang datang. Walaupun begitu bilangan pengunjung yang datang adalah penunjung yang betul-betul berminat untuk mengetahui apa yang ada dalam pameran tersebut. Jadi kuranglah pakwe-awek yang ‘berpeleseran’ pada pameran tersebut.

Suami isteri sporting yang mengunjungi booth Proride - staff Sapura juga

Pada ketika menjaga booth tersebut aktiviti melawat booth2 lain dan kereta juga ‘terpaksa’ dilakukan dan inilah hasil dari lawatan dari booth2 tersebut.

Bergambar di team Myvi

Bergambar bersama Smartcar yang telah dimodified

Pameran NOS ke pameran kereta?

Bergambar bersama Team LancerGT

Last but not least, tentunya kereta dan RACEQUEENS adalah antara tarikan utama untuk para jurugambar untuk menangkap gambar2 ‘menarik’ mereka.

Antara kereta canggih yang dipamerkan

Kereta + RaceQueens - no komen!

Kereta + RaceQueens - juga no komen!

Kereta + RaceQueens - komen sendiri la yer?

Other Interesting Posts

Loading…

Reader: 1827

About eiman23x

Pekerja tetap di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Mahu mendapatkan suspension part untuk kereta anda boleh hubungi segera
This entry was posted in Info and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Pameran Proride di SuperAutomix 2010 Bukit Jalil

  1. Azuan says:

    Hebat-hebat kereta kat situ.. tp awek2 tu cun betul lah.. hehe
    Azuan´s last [type] ..Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain

  2. sitikus says:

    Kalau la race-queens tu ditukar jadi race-kings ke…haha
    sitikus´s last [type] ..Bila Tayar Di Kitar Semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge