Hari ini diumumkan bahawa lesen judi di Malaysia yang pada mulanya telah diluluskan telah berjaya dibatalkan. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia dan organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk segelintir pihak kerajaan sendiri tidak bersetuju jika Judi dihalalkan di Malaysia. Komen aku, perkara ini memang sudah jelas jika melibatkan sensitiviti Islam, maka memang akan menjadi isu besar dalam Malaysia yang memperjuangkan Islam. Bagaimana pula ada kehendak dan keperluan untuk membawa lesen judi menjadi halal pula.
Siapa pula dalang yang ingin menghalalkan judi di Malaysia? Sudah terang lagi bersuluh yang isu judi ini akan mendapat tentangan banyak pihak, kenapa perlu diberi kelulusan. Setelah mendapat banyak bantahan boleh pula dibatalkan? Adakah tiada kajian yang dibuat sebelum segala keputusan diambil?
Isu terbaru adalah berkenaan dengan cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR dimana pelajar hanya perlu menduduki SPM sahaja. Adakah kenyataan ini perlu dikeluarkan kepada umum tanpa sebarang kajian dibuat terlebih dahulu. Bukankah molek jika kajian dilakukan terlebih dahulu pada permulaan dan jika maklumbalas menunjukkan tanda2 positif maka pengumuman boleh dilakukan walaupun belum mendapat kelulusan. Memang benar kajian terperinci perlu dilakukan sebelum kelulusan diperolehi tetapi perlukah diwar-warkan terlebih dahulu.
Bukankah tindakan seperti ini seperti cuba mencari publisiti terhadap sesuatu isu. Dengan pimpinan Dato Seri Najib rasanya perkara2 seperti ini tidak perlu ada kerana ia sudah terbukti tidak disukai oleh rakyat Malaysia dimana ia dipraktikkan pada kerajaan terdahulu. Cukuplah sudah rakyat Malaysia menderita dan sekarang usaha untuk membangunkan semula sedang dilakukan oleh kerajaan.
Other Interesting Posts
Loading…