Iklan Hari Raya 2010 @TV3Malaysia Kontroversi dan Permohonan Maaf

Bagi yang telah melihat iklan Hari Raya yang dikeluarkan oleh pihak TV3 yang membuatkan ianya menjadi kontroversi kerana menyentuh sensitiviti agama Islam di kala umat Islam bersedia untuk menyambut Syawal. Video tersebut telah ditarik balik siarannya kerana mendapat komen dan kritikan dari para penonton dan rakyat Malaysia. Bagi yang belum melihat video tersebut boleh lihat di bawah ini



Setelah disiarkan ianya mendapat bantahan maka pihak TV3 menarik balik siarannya dan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia telah dibuat secara langsung di TV3 dan di media massa. Nampaknya TV3 prihatin dengan komen dan kritikan rakyat Malaysia dengan penarikan iklan tersebut. Manakan tidak, semakin ramai mengkritik iklan tersebut dan sebelum melarat dikomen oleh ahli politik dan menteri2 ia telah ditarik balik. Berikut adalah permohonan maaf dari pihak TV3

Berikut pula adalah permohonan maaf yang dipetik dari mediakini.com

KUALA LUMPUR 5 Sept – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.Sehubungan itu, iklan tersebut yang ditayangkan sejak Khamis lalu telah pun dihentikan penyiarannya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Diharap pihak TV3 dan pihak2 lain yang terlibat berhati-hati dalam memberikan informasi atau pengetahuan kepada rakyat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Other Interesting Posts

Loading…

Reader: 736

About eiman23x

Pekerja tetap di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Mahu mendapatkan suspension part untuk kereta anda boleh hubungi segera
This entry was posted in Info and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge