Harga Minyak Petrol Malaysia Naik Esok

Bermula dari petang tadi sudah ada desas desus mengatakan bahawa harga minyak akan naik lagi. Bermula dari info dari rakan sepejabat, kemudian bagi yang aktif menggunakan #twitter sudah tentu mendapat perkhabaran bahawa orang minyak naik minyak harga minyak bakal naik bermula dari pukul 12 tengah malam ini. Bagi yang aktif di #fb Facebook berita ini juga sudah tersebar dan mula dibincangkan oleh pengguna yang rata-rata tidak puas hati dan protes harga minyak naik. Pelbagai tanggapan pengguna yang mengandaikan punca harga minyak naik adalah kerana penarikan subsidi dari kerajaan yang ingin mendapatkan tambahan pendapatan untuk persiapan pilihanraya akan datang.

Kesan dari harga minyak naik sudah tentu memberikan kesan yang negatif terutamanya dari golongan sederhana yang rata-rata menggunakan kereta untuk pergi kerja. Ura-ura yang tersebar dan menjadi debat minyak naik sebanyak RM0.05 ataupun 5 sen, walaupun nilainya tidak begitu banyak, namun ia juga akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Ada juga yang bersetuju bahawa kenaikan harga minyak akan membantu rakyat Malaysia supaya berjimat cermat. Mungkin golongan ini terdiri dari golongan atasan yang biasanya tidak kisah berkenaan kenaikan harga minyak.

Perkara yang selalu dibuat apabila kenaikan harga minyak di Malaysia adalah dengan membandingkan dengan harga-harga minyak di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina. Antara semua negara tersebut sudah tentu harga minyak di Malaysia adalah yang terendah. Tetapi terdapat perbezaan diantara kesemua negara tersebut dibandingkan dengan Malaysia. Dengan adanya penggalian minyak di Malaysia sepatutnya ia akan memberikan kelebihan terhadap rakyat Malaysia untuk menikmati harga minyak yang lebih rendah dibandingkan dengan negara-negara lain tersebut. Walaupun majoritinya minyak di Malaysia dieksport untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, sepatutnya pulangan tersebut dapat dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan negara.

Perkara kenaikan harga barangan dan minyak adalah perkara yang sensitif kepada rakyat Malaysia. Jadi fikir-fikirkanlah akibat dari kenaikan harga minyak tersebut terutamanya kepada golongan sederhana.

Other Interesting Posts

Loading…

Reader: 1535

About eiman23x

Pekerja tetap di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Mahu mendapatkan suspension part untuk kereta anda boleh hubungi segera
This entry was posted in Info and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Harga Minyak Petrol Malaysia Naik Esok

  1. HidrogeN says:

    minyak naik jugak..post entry baru bila nak naik
    HidrogeN´s last [type] ..Berita BAIK untuk bakal PELABUR M6 !!!

  2. al-lvendari says:

    terima kasih kerana sudi jadi follower saya.

    oh minyak oh minyak kenapa engkau naik
    macama mana aku tak naik …. (sambung sendiri ikut sedap rasa)
    al-lvendari´s last [type] ..RENUNGAN PAGI JUMAAT -Antara Da Vinci- Monyet- Sotong dan Tempua !

  3. ken says:

    all naik.. but salary no naik.. how.. =/
    ken´s last [type] ..July Contest- Win an Apple iPod Shuffle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge