AirAsia Terbabas, Penerbangan Terkandas di Airport Kuching (KIA)

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Sebanyak 24 penerbangan telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) berikutan sebuah pesawat milik AirAsia telah terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat, malam tadi. Antara penerbangan yang terkandas adalah AK6036 ke Kota Kinabalu pada pukul 6.20 pagi; AK5203 ke Kuala Lumpur pada pukul 6.15 pagi; MH2802 ke Miri pada pukul 7.00 pagi dan MH3711 ke Tanjung Manis pada pukul 7.25 pagi.

AirAsia Terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)Hanya penerbangan MH2505 dibenarkan berlepas dari lapangan tersebut ke Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi ini. Justeru, penumpang yang terkandas dinasihatkan untuk menghubungi pejabat syarikat penerbangan masing-masing berkenaan dengan status penerbangan di lapangan terbang tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, akan melakukan siasatan penuh dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kejadian pesawatnya yang terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) semasa hujan lebat malam tadi. Menurut satu kenyataan AirAsia hari ini, laporan awal mendapati darjah penglihatan ketika itu adalah cukup baik untuk melakukan pendaratan.

Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat dan melaksanakan pemindahan para penumpang selaras dengan prosedur operasi standard syarikat. Kesemua 123 penumpang pesawat penerbangan AK5218 dari Kuala Lumpur dipindahkan dengan selamat.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital untuk pemerhatian sebelum dibenarkan keluar kemudian. Penerbangan AirAsia dari Kuching yang terjejas akibat insiden itu adalah AK6036 (ke Kota Kinabalu – 6.10 pagi), AK5203 (ke Kuala Lumpur – 6.15 pagi), AK6562 (ke Bintulu – 6.20 pagi), AK6526 (ke Bintulu – 8.35 pagi) dan AK5201 (ke Kuala Lumpur – 9.35 pagi).

Penerbangan lain yang terjejas adalah AK6673 (ke Singapura – 9.50 pagi), AK5843 (ke Johor Baharu – 10.30 pagi), AK6546 (ke Miri – 11.10 pagi), AK5205 (ke Kuala Lumpur – 11.55 pagi), AK6505 (ke Pulau Pinang – 12.20 tengah hari) dan AK5207 (ke Kuala Lumpur – 1.55 petang). Para penumpang AirAsia yang terjejas akibat penutupan lapangan terbang ekoran insiden itu dinasihatkan menghubungi talian 03-2614 2999 dengan kata laluan 1231 10111. – Bernama

Sumber: Utusan

Other Interesting Posts

Loading…

Reader: 1808

About eiman23x

Pekerja tetap di Bandar Baru Bangi di bahagian Research and Development, sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Mahu mendapatkan suspension part untuk kereta anda boleh hubungi segera
This entry was posted in Info and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to AirAsia Terbabas, Penerbangan Terkandas di Airport Kuching (KIA)

  1. Fety Ayu says:

    Semoga penumpang yang terlibat semuanya selamat………
    Fety Ayu´s last [type] ..Salah SiapaKemalangan Pesawat Air Asia di Kuching……

  2. akubiomed says:

    Syabas kepada juruterbang kerana berjaya menangani situasi dengan baik.
    akubiomed´s last [type] ..Smartphone BlackBerry tidak haram

    • eiman23x says:

      pelik jugak dengan juruterbang, kenapa mendarat jugak kalau keadaan tak mengizinkan, agaknya pihak airport yang bagi keizinan untuk mendarat nih.. salah siapa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge