Sejak seminggu lepas kita menerima berita penangkapan beberapa kapal bantuan kemanusiaan yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin. Selepas kapal Mavi Marmara ditahan oleh tentera Israel dengan penuh kekejaman di mana 9 aktivis Turki telah terbunuh dalam serangan tersebut. Dunia mengutuk serangan Israel tersebut dan menggesa agar PBB melakukan sesuatu terhadap pihak Israel namun tiada sebarang tindakan dari PBB setakat ini. Adakah PBB menjadi satu badan yang menyokong kuasa2 besar dan tidak mengambil tindakan tegas dengan kejadian tersebut?
Kapal kedua iaitu Rachel Corrie juga telah ditahan oleh pihak Israel dan diarahkan untuk berlabuh di pelabuhan lain di dalam kawasan Israel. Kapal ini membawa 6 orang aktivis dari Malaysia namun penahanan oleh pihak Israel berlaku secara aman tanpa sebarang keganasan.
Persoalannya disini, setelah aktivis2 ini berjaya diselamatkan, bagaimana pula dengan barang2 yang dibawa yang sepatutnya dihantar ke Gaza, adakah bantuan tersebut akan sampai ke rakyat Palestin atau ditahan dan disimpan oleh pihak Israel? Selepas ini kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada bantuan kepada rakyat Palestin setelah rakyat Malaysia selamat pulang.
Other Interesting Posts
Loading…
belum tercapai..
produk yang disedekah pun guna produk Yahudi
Syafrizal´s last [type] ..Semak maklumat blog anda