
Sinopsis Adamaya Episod 23 (Episod Akhir)
1. Dani terkejut dan kecewa mendengar berita bahawa Mika dan Jasmin sudah berkahwin. Sudah seminggu mereka berkahwin dan mereka sedang berbulan madu di Langkawi
2. Maya dipersoalkan oleh ibunya berkenaan hubungannya dengan Adam.
3. Maya dan Dani bergaduh disebabkan Adam tidak menepati janji iaitu melepaskan Maya. Dani mengamuk di rumah Maya dan telah memukul Maya dan Amani. Dengan kejadian tersebut Maya terus menghalau Dani kerana mahu menjaga keselamatan Amani
4. Sara mengambil tindakan injuksi mahkamah untuk melindungi Amani dari kejadian yang tidak diingini lagi. Perbincangan antara Shaharum dan Sara berkisar pada persiapan perkahwinan mereka.
5. Lisa datang ke rumah Maya untuk menyampaikan dokumen dari Adam iaitu dokumen berkenaan komisyen dari pameran yang bakal diterimanya, bukan dokumen cerai yang disangka oleh Maya dan Sara
6. Perbincangan antara ibubapa Maya samada untuk memberitahu ibubapa Adam berkenaan masalah Adam dan Maya belum mencapai persetujuan dan keputusan
Baca selanjutnya …
7. Dani masih mengejar dan ingin berjumpa dengan Maya tetapi Maya tetap dengan pendiriannya tidak mahu berjumpa dengan Dani lagi. Sikap romantik Dani bertukar menjadi ganas dan Maya agak terkejut dengan perubahan sikap Dani.
8. Adam datang ke rumah Maya untuk mengambil Amani untuk bermalam bersamanya. Adam ada membawa hadiah untuk Maya dan berpesan supaya dibuka hadiah tersebut selepas Adam dan Amani beredar dari rumah tersebut.
9. Hadiah dari Adam adalah merupakan sepucuk surat dan cek bernilai RM300k untuk melanjutkan pelajaran seperti yang diimpikan sebelum ini. Selain itu ada sebuah novel yang ditulis sendiri oleh Adam. Maya sungguh terharu dan sedih dengan pemberian oleh Adam dan terkenang kenangan masa lalu bersama Adam selepas mereka mula berkahwin.
10. Lisa menyediakan satu tempat untuk menjual novel yang ditulis oleh Adam di tempat pameran yang diimpikan oleh Adam. Adam terus menunggu kemunculan Maya pada pameran solo beliau tetapi tidak muncul juga
11. Maya bertemu dengan Dani untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan mahu membetulkan keadaan yang sepatutnya. Maya betul2 menyesal dengan tindakan sebelum ini dan mahu Dani juga memahami keadaan yang sebenarnya. Dani merayu supaya diberi peluang sekali lagi untuk bersama dengan Maya, tetapi Maya tetap berkeras supaya Dani melepaskannya dan Dani betul2 kecewa dengan keputusan muktamad Maya.
12. Maya datang ke pameran Adam dan meminta maaf dengan atas semua yang berlaku. Maya mengaku akan segala kelakuannya yang jelas dan nyata menyalahi dan mengecewakan Adam. Adam terus berkeras dan tidak memperdulikan segala kata2 Maya terhadapnya.
13. Kuasa anak memang betul2 dapat melembutkan hati ibubapa yang degil dan keras kepala. Amani meluru kearah Maya dan tindakan tersebut dapat melembutkan hati Adam untuk menerima Maya kembali dan memaafkannya. Lisa yang mengharap cinta Adam kecewa dengan keadaan tersebut dan terus berlalu dari mereka.
14. Dani akhirnya terpaksa melepaskan cintanya terhadap Maya dan menjadi separuh gila kerana kecewa dengan keadaan tersebut. Kenangan zaman muda bersama Maya kembali menghantui fikiran Dani. Bayang2 Maya masih menghantui Dani kerana setiap wanita yang dijumpainya adalah Maya tapi hakikatnya adalah orang lain.
TAMAT
Streaming Adamaya Episod 23 (Episod Akhir)
Untuk melihat episod terakhir tersebut boleh ke sini:
1. PART 1
2. PART 2
3. PART 3
4. PART 4
Kredit kepada Fast TV Network website
Other Interesting Posts
Loading…
uwaaa tak dapt tgk tadi hukhukhuk..thx sinopsis ni
.-= malabaek´s last blog ..PAHAM TAK AGAK-AGAK? =-.
samalah tak dapat tengok kat tv, ni pun tengok kat website tu..