Pada hari ini akan diumumkan secara official untuk pengacara Akademi Fantasia Musim ke 9 pada sidang akhbar pada tengahari. Untuk pengetahuan, Akademi Fantasia 9 atau AF9 adalah musim yang terakhir untuk rakyat-rakyat Malaysia menyertai pertandingan realiti tv paling popular di Malaysia. Pihak radio Era.FM pada pagi ini juga ada menjemput bakal pengacara tersebut tetapi suaranya di besarkan untuk tidak memberitahu secara langsung kepada pendengar.
Dari suara, soalan soalan dan jawapan-jawapan yang diberikan di radio Era.Fm ramai sudah mengetahui bahawa suara disebaliknya adalah Aznil Haji Nawawi. Aznil telah mengacarakan rancangan Akademi Fantasia ini selama 5 musim terawal dan berjaya membawa rancangan ini ke peringkat yang lebih tinggi dari rancangan-rancangan realiti yang lain. Selepas pengunduran Aznil dari AF pada musim ke 6, rancangan ini seakan kehilangan kehebatan kerana pengganti beliau tidak semeriah Aznil. AF sudah sebati dengan Aznil dan tidak salah malah ramai yang menyokong agar musim terakhir AF9 ini pihak penerbitan memanggil semua Aznil untuk mengembalikan fenomena AF.
Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak penerbitan AF pada sesi sidang akhbar tengahari ini.
Other Interesting Posts
Loading…
Wah Pak Nil calon yang layak setelah penolakan Ahmad Dhani tentu ia memberi cabaran kerana rancangan realiti musin terakhir
pak nil memang calon paling layak kalau nak kasik gempak abis untuk musim terakhir nih.. penolakan ahmad dhani pun satu keputusan yang tepat jugak
waaaaah nk sgt pak nil jadi pengacara…dia lagi lawak
kumbang jingga´s last [type] ..Malunya Saya!!
salah satu benda yang orang nak tengok af adalah pengacaranya.. pak nil berjaya membawa sesuatu yang dinantikan oleh penonton